walau jurang perbezaan ketara kelihatan dimata dunia...
walau ku tahu cintaku ini mungkin melukakan hati terlalu dalam hingga tidak terkesan oleh jiwa naluri...
walau nanti aku berjanji untuk setia dan ia benar menjadikan aku penanti paling agung di dunia pencinta manusia...
benarkan aku terus mencintaimu...
andai hanya itu membuatkan aku tenang berbahagia...
andai hanya itu membuatkan aku damai bertuhan dengan Ilahi...
andai hanya itu membuatkan aku tidak bermungkir janji...
benarkan aku terus mencintaimu...
kerana hanya dengan itu aku belajar menjadi manusia...
kerana hanya dengan itu aku mula mencari sejadah cinta yang Esa...
kerana hanya dengan itu aku melangkah menggapai impian dunia...
akhir pinta ku untuk kali yang aku sendiri tidak akan pernah pasti...
benarkan aku terus mencintaimu....
hingga nadi di setiap alur nafasku berhenti bertitik noktah...
hingga jasad ini dibawa pergi menemui pencipta yang sebenarnya aku cintai...
namun cinta manusia aku padamu akan terus bersemadi tanda aku tidak memungkiri janji...
No comments:
Post a Comment