adakah benar persoalan hati???
tentang cinta setia daku padanya..
hampir seabad aku mengaguminya...
membiarkan hati menjadi peminat misteri...
hingga seketika aku lupa akan kewujudan dia atas khilaf ku berpandu nafsu duniawi...
namun...
sejak kelmarin dulu...
dia kembali mengawal segala rasa hati dan jiwa nurani manusia ku...
aku masih ingin mencintai dia atas sebab sesuatu yang tulus dalam dirinya...
walau ku tahu ianya akan melukakan hati hingga ke hujung nafas nadiku...
dan harus ku akui bahawa ini bukanlah cinta biasa...
bermula kelmarin dulu...
seperti terpanggil aku untuk berdoa munajat pada yang Esa...
mohon moga diberi petunjuk kewarasan akal dan takdir nyata atas rasa cinta ini...
agar ia tidak dipanggil cinta gila seorang wanita hina...
ya tuhan...
dengan rasa penuh kehinaan aku berdoa...
dengan rasa penuh kesyukuran aku meminta...
dengan rasa penuh tawaduk aku bersujud...
dengan rasa penuh keinsafan aku berharap....
takdirkan aku cinta ini andai ianya benar dan pasti membawa aku kepadaMU...
takdirkan aku cinta ini jika ianya adalah sebenar cinta manusia untukku...
takdirkan aku cinta ini bila ianya bukan kerana harta duniawi...
takdirkan aku cinta ini kiranya dia adalah lelaki yang tulang rusuknya telah tercipta untukku...
bagaimana dapat aku nyatakan rasa ku kini...
terlalu damai walau cinta ini masih terlalu jauh untuk ku gapai...
bagaiamana dapat aku katakan dengan alunan suara seirama...
terlalu bahagia walau cinta ini mungkin penghujungnya tidak berkesudahan...
kerna...
hanya dia yang akhirnya berjaya menakluk keseluruhan hati...
setelah sekian lama aku mencari cinta berpandu arah Ilahi...
moga akhirnya,
dia benar tercipta untuk diriku...
namun andai sebalik yang tertulis dalam kitab Ilahi...
aku pasrah dan tunduk syukur ya Allah...
mungkin dia hanya cinta persinggahan ku atas dunia penuh tanda tanya...
biarlah cinta ini terus kekal dalam jiwa dan tiap urat nadi ku...
dan akhirnya hembusan nafas terakhir menjadi bukti bahawa cinta ku ini cinta setia...
hanya KAU yang lebih mengetahui ya Allah...
ya Rahman, ya Rahim...
moga cinta ini menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur atas kurniaanMu...
amin ya rabbal alamin...