aku mencari rasa dalam damai keikhlasan

jangan membenci aku sebelum aku memberi kaseh...ruang hati sempit bukan ukuran punca tuk aku menolak semua...terimalah aku seadanya aku...aku sedia membahagiakan selagi TUHAN menberi nyawa atas jasad ku...

Tuesday, October 12, 2010

aku menyakinkan diri

aku menyakinkan diri
bahawa masih ada cinta untuk sang pencinta
bahawa masih ada rasa untuk si perasa
bahawa masih ada agama untuk hamba yang mulia

aku menyakinkan diri
hidup pinjaman tuhan yang punya titik noktah
hidup dicipta untuk mencari nilai agama
hidup perjalanan manusia penuh tanda

menerima kekecewaan hati

mungkinkah 'pasrah' perkataan terbaik untuk
memujuk hati yang terluka
atau 'reda' perkataan yang mampu meleraikan
segala duka jiwa

aku terkesima
sekali lagi harus menerima kekecewaan hati
memujuk diri yang terluka,
tapi atas nama cinta tuhan aku pasrah dalam reda
ini ketentuan drNya mungkin,
menemukan aku dengan yang salah sekali lagi
agar aku terus belajar menghargai cinta dunia

menerima kekecewaan hati
aku ukir senyum dalam tangisan
kerna perlu mengakhiri sekali lagi pertemuan
kerna harus melupakan segala kenangan
kerna mesti belajar menerima kenyataan

dalam duka segala resah
aku tunduk syukur pada Ilahi
memberi jalan agar aku cepat mengerti
pertemuan itu tiada pengakhiran
dia dan aku tidak tertakdir dalam lafaz yang lebih bermaksud

namun aku harus menerima kekecewaan hati
kerna dia terlalu bermakna dalam jiwa keikhlasan
walau kenyataan sudah di depan terlihat
dalam hati kecil ku masih mengharap
pertemuan itu bertanda makna!!


Friday, October 8, 2010

dia yang bernama kekasih....

aku mencari centa dalam damai tasbih Ilahi
aku mendamba kasih dalam restu takdir yang Esa
aku mengharap rindu dalam penantian suratan DIA

dia yang bernama kekasih
benarkan aku mencintaimu atas rasa keikhlasan dunia
benarkan aku mendampingimu sekadar penguat diri berjuang
benarkan aku memilikimu sebagai tanda tulus jiwa mencenta

wahai dia yang bernama kekasih
percayakan aku atas rasa bertuhan
percayakan aku atas centa keikhlasan
percayakan aku atas janji kedamaian

aku mencintaimu kerna kamu mengasihiku
aku menyayangimu kerna kamu merinduiku

dihujung janjiku atas rasa beragama
bila lafaz tertaklik antara kita
bila gelaran terindah itu milik kita
satu janji diriku hingga hujung nafas terlerai...
"...wahai suamiku tercinta, aku mengharapkan
ikatan ini kekal hingga ke syurga... bantulah aku
mencari cinta teragung beriringan centa dunia kita... ingatkan aku pada
tanggungjawab seorang isteri agar aku tidak
mengecewakan dirimu terlalu...

wahai suamiku tersayang, benarkan aku mencium
bau syurga dari bawah tapak kakimu... benarkan aku
menjadi pencinta setia disisi dengan seikhlas hati...
benarkan aku mengubat segala duka bila hatimu dilukai...
benarkan aku menjadi bunda kepada anugerah cinta
hadiah dari Ilahi..."

dipenghujung waktu menyisir tua
aku berdoa agar cinta kita masih seperti itu
walau nanti aku perlu memimpin tanganmu
untuk mencari saki baki cinta dunia
walau nanti aku harus menyediakan
hidangan yang lembut tidak berkenyal
walau nanti aku menjadi peneman setia
disisi dirimu ayng tidak bermaya

dia yang bernama kekasih...
benarkan aku untuk terus mencintaimu...