aku mencari rasa dalam damai keikhlasan

jangan membenci aku sebelum aku memberi kaseh...ruang hati sempit bukan ukuran punca tuk aku menolak semua...terimalah aku seadanya aku...aku sedia membahagiakan selagi TUHAN menberi nyawa atas jasad ku...

Monday, November 21, 2011

berharap perasaan itu berlau...


ia menganggu segala ketenangan...
ia memberi gelora kecewa...

pergilah wahai perasaan...
jangan permainkan jiwa hamba seperti aku...
kerna ia menambah luka tanpa ubat...

hanya hati menanggung segala derita...
satu harapan untuk satu kenyataan...
berharap perasaan itu akan berlalu...


berharap perasaan itu berlau...

Saturday, June 11, 2011

dia bukan untuk ku...

akhirnya terlerai segala persoalan
dia benar bkn utk ku...

walau sedih dan terase derita di celah jiwa hati
ak perlu menerima hakikat jawapan...

berharap moga dia mampu berjuang dengan kehidupan
kamu tetap kenangan terindah utk ku...

perjalanan hidup ku terus bernafas gerak laju melangkah
moga aku jua akan menemui sesuautu itu...

jangan pernah membenci
jangan pernah melupai
kerna kita pernah berkongsi rasa
kerna kita pernah berkongsi cerita...


Friday, April 15, 2011

salam perkenalan...


salam perkenalan...
buat teman mayaku yg anggun,
buat teman mayaku yg berbudi,
buat teman mayaku yg ikhlas...

aku bkn siapa2 namun kau maseh sudi berteman denganku...
aku bkn insan ternama tapi kau rela bersahabat denganku...

takdir tuhan tercipta sangat indah dan bererti makna,
mengenali kamu menjadikan aku insan lebih bersyukur,
bersyukur kerna memiliki kau sebagai sahabat dan teman...

aku mula menyayangi kamu teman...
moga kau menerima kaseh ku seiklas aku memberi...

Thursday, April 7, 2011

benarkan aku terus mencintainya....

benarkan aku mencintainya
andai itu takdir tertulis,
andai itu rasa yang tercipta
andai itu kebenaran terlukis...

benarkan aku mencintainya
kerna ia menjadikan aku bahagia
kerna ia membuatkan aku teruja
kerna ia mendiamkan segala punca...

dia kaseh yang tercipta
setelah semua terkunci makna
dia rindu yang tergendala
setelah jasad memendam rasa
dia maksud yang terkandas
setelah menunggu sekian punca

dia memungkin segala punca
kerna tiada jawapan atas kasehku...
sekadar mengingatkan...
aku mencintainya kerana dia
mencintai tuhanku....

Wednesday, March 30, 2011

dia mengubah segala rasa

bagaimana ingin ditafsirkan hati
bila ia mula mengubah haluan sndiri
hanya berpunya dari seorang insan bergelar 'dia'

dia punca aku sujud kembali pada sejadah cinta Ilahi
dia mencantaskan rasa cinta dunia tanpa nafsu
ikhlas penuh tanda aku bersyukur

jika diberi ruang untuk dicinta dia
aku mahu mencintainya kerana cinta dan kasehnya pada tuhan yg satu
aku mahu bahagia bersama dia dalam rahmat Allah yg berkuasa....